Cari:
Obama Bakal Menyebut Isu Hak Asasi Manusia Filipina dalam Pertemuan dengan Duterte
2016-08-31 14:16:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barak Obama akan menyebut isu hak asasi manusia dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte pada 6 September sempena Sidang Kemuncak ASEAN dan siri sidang pemimpin kerjasama Asia Timur yang dijadualkan diadakan di Laos pada 6 hingga 9 September depan.

Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional AS, Benjamin Rhodes memaklumkan demikian dalam sesi taklimat di White House pada 29 Ogos lalu.

Rhodes berkata, dalam pertemuan dengan Rodrigo Duterte, Presiden Obama dijangka akan menyatakan keprihatian beliau mengenai beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Duterte dalam masa terdekat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China