Cari:
Sukarelawan Berjaya Kembali ke Bumi
2016-08-31 14:55:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Enam sukarelawan "kembali ke bumi" dengan selamat selepas mengakhiri misi simulasi selama setahun yang diselenggarakan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), di Mauna Loa, Hawaii, 30 Ogos lalu.

Sukarelawan tersebut terdiri daripada seorang Perancis, seorang Jerman dan empat yang lain dari AS. Mereka "dikurung" di dalam sebuah ruang simulasi berbentuk kubah yang ukuran diameter 10 meter dan ketinggiannya 6 meter, yang direka bentuk berdasarkan alam planet Marikh.

Selama setahun, enam "angkasawan" itu melakukan aktiviti di dalam lingkungan sepertimana di Marikh, dan mensimulasikan apa yang mungkin dialami semasa di planet itu.

Misi simulasi itu yang diselenggarakan oleh program Space Exploration Analog and Simulation (SEAS) telah diadakan tiga kali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China