Pelakon Amerika Syarikat (AS), Gene Wilder, yang cukup diingati ramai menerusi lakonannya dalam Willy Wonka & the Chocolate Factory, meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Menurut keluarganya, aktor tersebut menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad lalu (waktu AS) di Stamford, Connecticut, akibat komplikasi beberapa penyakit berkaitan Alzheimer.
Bintang komedi itu muncul dalam beberapa filem klasik lain seperti The Producers, Blazing Saddles dan Young Frankenstein.
(sumber Berita Harian Malaysia)