Cari:
China Harap Semua Pihak Terlibat Jayakan Sidang Kemuncak G20
2016-08-31 11:06:31 CRI Cetak

China berharap semua pihak yang terlibat dalam Kumpulan 20 (G20) dapat memikul tanggungjawab dan memainkan peranan yang konstruktif dan proaktif dalam usaha menjayakan Sidang Kemuncak G20.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Ketika ditanya wartawan mengenai laporan Agensi Berita Reuters yang menyatakan bahawa China berhasrat untuk mengukuhkan dan menonjolkan status sebagai negara kuasa besar melalui penganjuran Sidang Kemuncak G20, namun dalam masa yang sama bimbang perkara tersebut akan menyebabkan China berdepan cabaran dengan beberapa negara Barat dan rakan sekutunya, Hua berkata, sama ada Amerika Syarikat (AS) atau negara anggota G20 yang lain seperti Britain, Kanada dan Jepun sentiasa mengekalkan komunikasi dan kerjasama yang baik dalam kerja-kerja persiapan Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou, di samping bersedia untuk bekerjasama dan menyokong kerja-kerja persiapan China bagi menjayakan sidang itu. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini telah menyatakan sanjungan yang tinggi terhadap kepimpinan China dalam menjayakan sidang kemuncak tersebut. Beliau menyifatkan tema utama sidang kemuncak di Hangzhou selaras dengan semangat agenda pembangunan mampan 2030.

Hua Chunying berkata, China bersedia bersama-sama dengan semua pihak untuk memastikan sidang kali ini mencapai hasil positif dan menyumbang demi pertumbuhan ekonomi dunia dan tadbir urus ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China