Cari:
Sidang Kemuncak G20 Pasti Menjadi Penggerak Pemulihan Ekonomi Dunia
2016-08-31 13:12:18 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) akan diadakan di Hangzhou China pada 4 dan 5 September. Ketua ahli ekonomi Bank Pembangunan Asia, Zhuang Juzhong menyatakan kepada wartawan bahawa sidang kali ini pasti akan menjadi penggerak kepada pemulihan ekonomi dunia serta memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan dan memelihara pertumbuhan ekonomi dunia.

Beliau menyatakan bahawa China telah dan akan terus menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi dunia. Dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lalu, ekonomi China memelihara kadar pertumbuhan yang tinggi. Hal ini menjadikan China sebagai pemacu penting bagi pertumbuhan ekonomi sejagat.

Menurut beliau, pengaruh China terhadap dasar dan tadbir urus ekonomi dunia semakin meningkat dan trend ini akan diteruskan. Melalui mekanisme kerjasama ekonomi sejagat dan serantau termasuk G20, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC),kerjasama antara ASEAN dengan rakan dialog China, Jepun dan Korea Selatan, China telah memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang, seperti menetapkan projek yang perlu diutamakan dalam agenda dunia, dasar ekonomi dan pembaharuan struktur, menyelaraskan dasar ekonomi makro, membaharui sistem kewangan global, menyediakan produk awam dunia, menggalakkan pertumbuhan yang berterusan dan seimbang, meningkatan suara negara membangun dalam isu sejagat, menggalakkan pelaburan infrastruktur dan merapatkan jurang pembangunan antara pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China