Cari:
China Akan Pimpin Pembaharuan Struktur Sejagat
2016-08-31 13:32:43 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China akan mengemukakan konsep baharu tentang pembangunan serta menfokuskan pembaharuan struktur bagi merangsang pertumbuhan. Pakar-pakar China berpendapat bahawa dari pembaharuan terhadap struktur di China boleh kelihatan roadmap bagi pembangunan sejagat.

Pakar dari Universiti Renmin China, Jia Jinjing berkata,

"Pada masa ini, masyarakat antarabangsa masih belum mengatasi krisis kewangan yang tercetus sejak tahun 2008, iaitu sebelum roadmap pembaharuan struktur dikemukakan. Langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara barat hanya menfokuskan dasar monetari dan kewangan yang sudahpun terbukti gagal dalam mengatasi kemerosotan. Hanyalah China yang mampu mengetuai pembaharuan struktur."

Tiap-tiap negara mempunyai masalah struktur masing-masing. Masyarakat antarabangsa perlu mencapai kata sepakat tentang isu tersebut. Penyelidik dari Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Chen Fengying berkata,

"Mengurangkan kapasiti industri yang berlebihan, mengurangkan simpanan barangan gudang dan mengurangkan penuilan (mengurangkan hutang yang dibebani) menjadi tiga tugas yang penting bagi China. Pembaharuan struktur di China adalah dilakukan terhadap pihak pembekal. Sidang kemuncak G20 kali ini akan menetapkan siri sistem indeks yang melibatkan masalah asas dan bidang-bidang yang penting dalam pembaharuan. Kita perlu mencapai kata sepakat bahawa ekonomi dunia susah mewujudkan pertumbuhan berterusan jika tidak mengadakan pembaharuan struktur. Manakala, pembaharuan inovasi pula perlu diadakan serentak dengan pembaharuan struktur. Inovasi sains dan teknologi patut dijadikan yang terpenting berbanding dengan inovasi konsep dan inovasi cara pembangunan."

Menurut Chen, negara anggota G20 yang menduduki 85 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia sejak sekian lama dipercayai mendominasi pembangunan ekonomi sejagat. Tetapi pada masa ini, negara-negara membangun yang mempunyai 85 peratus penduduk di dunia patut dijadikan fokus baharu dalam masyarakat antarabangsa. Beliau berkata,

"Pertumbuhan yang kuat dan seimbang menjadi keperluan masyarakat antarabangsa dan sasaran G20. Sidang kemuncak di Hangzhou kali ini menetapkan topik pembangunan 2030 yang melibatkan bidang pembinaan infrastruktur dan pengindustrian negara-negara yang paling mundur. Peningkatan pendapatan negara-negara tersebut menjadi jaminan bagi pembangunan ekonomi dunia yang berterusan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China