Cari:
Kanada Mohon Anggotai AIIB
2016-09-01 11:44:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kanada akan mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menganggotai Bank Pelaburan dan Infrastruktur Asia (AIIB).

Menteri Kewangan Kanada, Bill Morneau menyatakan sedemikian dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat AIIB di Beijing pada 31 Ogos lalu.

Morneau menyatakan bahawa keanggotaan Kanada dalam AIIB merupakan pilihan terbaik bagi negara itu. AIIB mewakili hala tuju multilateralisme yang baharu. Jika hendak mencapai kejayaan dalam ekonomi global pada masa depan, perkongsian strategik multilateral mesti dibina, di samping mengamalkan keterbukaan.

Dalam pada itu, Gabenor AIIB, Jin Liqun mengalu-alukan keanggotaan Kanada dalam AIIB. Jin Liqun menegaskan, sebagai institusi antarabangsa yang terbuka, AIIB mengalu-alukan semua negara atau entiti ekonomi yang berminat untuk menyertai AIIB supaya menghantar permohonan pada 30 September depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China