Cari:
Ketua Strategi Daesh Maut Serangan Udara di Wilayah Aleppo
2016-09-01 14:25:31 CRI Cetak

Ketua Strategi kumpulan pengganas Daesh, Abu Muhammad al-Adnani dipercayai terbunuh dalam siri serangan udara di bandar al-Bab, wilayah Aleppo, Syria, kelmarin.

Rangkaian BBC melaporkan, jurucakap Pentagon, Peter Cook berkata, serangan-serangan udara itu dilancarkan oleh tentera kerajaan serta pesawat pejuang Syria dan Rusia di kawasan yang dikuasai oleh pemberontak.

Tambah beliau, Abu Muhammad merupakan ketua strategi yang telah melancarkan pelbagai operasi besar. Serangan kali ini merupakan satu tamparan hebat kepada kumpulan militan Daesh.

Abu Muhammad dilahirkan pada tahun 1977 di Taha Sobhi Falaha, utara Syria dan merupakan antara ketua paling berkuasa serta berpengaruh dalam kalangan kepimpinan tertinggi Daesh. Ketua itu juga dianggap antara yang paling berbahaya dan mempunyai pengalaman luas dalam kegiatan berkaitan keganasan.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China