Cari:
China dan Arab Saudi Tingkat Kerjasama
2016-09-01 13:37:03 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman di Beijing semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan kunjungan Mohammed ke China dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi yang berjaya mengadakan mesyuarat buat julung-julung kali.

Xi Jinping menyatakan bahawa China menyifatkan Arab Saudi sebagai rakan kerjasama yang penting dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). China bersedia untuk bersama-sama dengan Arab Saudi memperkaya konotasi hubungan perkongsian strategik komprehensif yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menggalakkan kedamaian serantau dan dunia.

Xi Jinping menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada sidang kemuncak kali ini agar memainkan peranan yang aktif dalam meningkatkan ekonomi dunia dan kerjasama antarabangsa. China dan Arab Saudi diharap dapat bergabung tenaga untuk memastikan sidang kali ini memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan tadbir urus sejagat.

Mohammed menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Arab Saudi amat mementingkan hubungan dengan China, dan menyifatkan China sebagai rakan strategik yang penting. Pihaknya menyokong China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China