Cari:
China dan Kanada Bersepakat Memperkasakan Kerjasama Bilateral
2016-09-01 14:30:41 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau di Rumah Tamu Diaoyutai Beijing semalam.

Presiden Xi mengalu-alukan lawatan Justin Trudeau ke China dan kehadiran beliau dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou. Xi menyatakan bahawa China bersedia untuk mengekalkan prinsip saling menghormati dan mewujudkan situasi menang-menang serta berusaha untuk mencipta suasana baharu dalam pembangunan hubungan dua hala demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Presiden Xi menegaskan bahawa China dan Kanada diharap dapat meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan mengadakan dialog dalam pelbagai bidang melalui mekanisme dua hala yang sedia ada.

Trudeau pula berkata, Kanada komited untuk menjalinkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan dan penguatkuasaan undang-undang serta telah membuat keputusan untuk menyertai Bank Pelaburan dan Infrastruktur Asia (AIIB), di samping mengeratkan koordinasi dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam urusan pelbagai hala.

Kanada menyokong Sidang Kemuncak G20 menfokuskan inovasi dan pertumbuhan inklusif, selain turut memberikan sokongan padu kepada China sebagai tuan rumah sidang kemuncak tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China