Cari:
Sidang Kemuncak G20 Penting bagi Hubungan China-Eropah
2016-09-01 13:07:55 CRI Cetak

Pakar dari Akademi Sosial China, Jiang Li ketika diwawancara baru-baru ini berkata, Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China akan memberikan pengaruh yang penting bagi hubungan ekonomi China-Eropah malah ekonomi di seluruh dunia.

Beliau berkata,  "China dan Eropah perlu memperkasakan dialog dan perbincangan dalam rangka G20 serta meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama. Ini akan memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan China dengan Eropah, dan mencapai perjanjian pelaburan bilateral dengan secepat mungkin. Selain itu, Kesatuan Eropah (EU) perlu memberikan kedudukan ekonomi pasaran kepada China serta memansuhkan amalan perlindungan yang menyasarkan perdagangan dan pelaburan China."

Menurut Jiang, China dan EU menjadi dua entiti ekonomi yang besar di dunia. China merupakan negara membangun yang paling besar. Manakala, EU menjadi kumpulan negara maju yang paling besar. Kedua-dua pihak menjadi tenaga yang penting bagi integrasi serantau, globalisasi ekonomi serta pembangunan bersama-sama. Stelah terjalinnya Hubungan Rakan Strategi Komprehensif pada tahun 2003, kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan semakin berkembang. EU menjadi rakan dagang terbesar bagi China yang sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi EU.

EU menyokong pembaharuan struktur yang bakal dibincangkan dalam sidang kemuncak G20 di Hangzhou, menentang perlindungan perdagangan, menyokong pembangunan hijau, inovasi dan pembangunan berterusan. Jiang Li menyatakan, hubungan antara China dengan Eropah akan dipertingkatkan melalui perbincangan dan pertukaran dalam sidang kemuncak kali ini. Hubungan antara kedua-dua pihak akan berkembang dengan lebih sihat.

Selain itu, pertemuan antara pemimpin China dengan Rusia serta pemimpin China dengan Britain amat menarik perhatian umum. Jiang Li berkata, "Hubungan antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) semakin buruk setelah tercetusnya krisis di Ukraine. EU mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia bermula musim panas 2014. Ekonomi di Rusia pula menghadapi masalah disebabkan iklim yang buruk di luar dan struktur ekonominya sendiri. Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin dalam sidang kemuncak kali ini akan mengadakan perbincangan tentang penyelarasan antara Persekutuan Ekonomi Eropah-Asia dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), membina hubungan rakan ekonomi dan perdagangan Eropah-Asia Raya, memperkasakan pembaharuan sistem perdagangan sejagat, menentang perlindungan perdagangan serta meningkatkan hak bersuara entiti ekonomi baharu dalam tadbir urus ekonomi sejagat."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China