Cari:
Sidang Kemuncak G20 Akan Rangsang Ekonomi Sejagat
2016-09-02 13:49:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bertemakan "Membina Ekonomi Dunia yang Inovatif, Dinamik, Salinghubung dan Inklusif" bakal diadakan di Hangzhou, China pada 4 hingga 5 September nanti.

Tengok saja operasi ekonomi negara-negara anggota G20 pada masa ini: pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) kurang berterusan; negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dihantui permintaan dalam negeri yang agak lemah dan kadar pengangguran serta jumlah hutangnya yang amat tinggi; kadar pertumbuhan ekonomi di Jepun hanya mencatat 0.1 peratus pada suku tahun pertama tahun ini yang membuktikan kekurangan keberkesanan pelaksanaan teori ekonomi Shinzo Abe. Selain itu, ekonomi di pelbagai entiti ekonomi baharu pula merosot. Jumlah pendapatan Rusia, Brazil dan Arab Saudi menurun secara besar-besaran disebabkan harga barang industri menjunam. Pakar dari Universiti Renmin, Wang Wen menyatakan, "inovasi, dinamik, salinghubung dan inklusif" menjadi "resipi ubat" yang dikemukakan oleh China untuk menyembuhkan ekonomi sejagat. Beliau berkata,

"Pembangunan teknologi dunia mengalami kebuntuan pada ketika ini. 'Inovasi' teknologi menjadi daya penggerak pertama bagi pertumbuhan ekonomi. Pada masa ini, pertumbuhan, penggunaan dan pelaburan merosot di seluruh dunia. Pemulihan ekonomi tidak boleh hanya bergantung kepada pengemaskinian dasar kewangan seperti yang dilakukan pada masa dahulu, melainkan inovasi teknologi. 'Dinamik' dikemukakan dengan merujuk kepada perlindungan perdagangan dan pelaburan sejagat. 'Salinghubung' masih belum diwujudkan antara kawasan maju dengan kawasan yang miskin sehingga belum kelihatan adanya suatu rantau maju yang bersifat integratif. Dan akhirnya, 'inklusif' merujuk kepada sasaran untuk membolehkan lebih ramai orang berkongsi hasil pembangunan."

Profesor dari Universiti Fudan, Ding Chun menyatakan, sidang kemuncak G20 menjadi platform untuk mengadakan perbincangan, muafakat dan kerjasama untuk menyelesaikan masalah-masalah berkenaan. Beliau berkata,

"Sidang kemuncak G20 boleh berfungsi membuat unjuran yang tertentu terhadap ekonomi sejagat and seterusnya menyaksikan pelbagai negara mencapai kata sepakat selepas perbincangan. Sebagai tuan rumah, China telah menyediakan sejumlah besar topik yang berkaitan dengan keadaan ekonomi dunia. Setelah dilanda krisis kewangan pada 2008, pelbagai negara cenderung mengamalkan dasar monetari yang longgar. Tetapi keberkesanan dasar seumpama itu semakin rendah. Ekonomi dunia tidak dapat mengatasi kemerosotan jika hanya bergantung kepada dasar kepermintaan dan dasar monetari. Masyarakat antarabangsa memerlukan benih yang inovatif dan dinamik."

Pakar dari Institut Pengajian Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Chen Fengying berkata,

"Tema sidang kemuncak G20 kali ini memperlihatkan elemen China yang sebenarnya hampir serupa dengan lima konsep yang terkandung dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13 negara ini, iaitu 'inovasi, penyelarasan, hijau, terbuka dan berkongsi'."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China