Cari:
G20 Galak Reformasi Kuota IMF
2016-09-02 11:47:56 CRI Cetak

Naib Gabenor Bank Rakyat China, Yi Gang semalam menyatakan bahawa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) akan terus menggalakkan reformasi kuota dan tadbir urus Tabung Kewangan Mata Wang Antarabangsa (IMF). Pengubahsuaian kuota perlu menggambarkan kedudukan relatif pelbagai negara dalam ekonomi dunia, meningkatkan bilangan kuota IMF kepada negara-negara pasaran baru muncul dan negara membangun.

Dalam sidang media semalam, Yi Gang menyatakan bahawa selepas menyandang pengerusi G20, China telah memulakan semula Kumpulan Kerja Kewangan Antarabangsa bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat dalam G20 untuk membina rangka kerja kewangan antarabangsa yang lebih stabil dan berdaya tahan.

Ketika membicarakan isu kadar pertukaran mata wang, Yi Gang berkata, Bank Rakyat China sentiasa membaiki mekanisme pembentukan kadar pertukaran mata wang renminbi (RMB). Secara umumnya, RMB berada pada tahap yang munasabah dan seimbang bagi mengekalkan kestabilannya. G20 bersepakat bahawa langkah menurunkan nilai mata wang bukan bertujuan untuk bersaing. Semua pihak akan menjalinkan komunikasi dan koordinasi yang lebih erat mengenai isu pertukaran mata wang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China