Cari:
OECD: Usaha China Selaku Pengerusi G20 Berhasil
2016-09-03 14:29:39 CRI Cetak

 

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), José Ángel Gurría Treviño menyatakan bahawa usaha China selaku negara pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20) amat berhasil.

Ketika diwawancara oleh wartawan semalam, José Ángel Gurría Treviño berkata, ketika pertumbuhan ekonomi dunia masih lemah dan impak negatif daripada krisis kewangan antarabangsa masih wujud, isu-isu pemulihan ekonomi yang dijadikan fokus utama dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou amat signifikan.

Tambah beliau, sidang kemuncak tersebut diadakan pada ketika dunia sedang tercari-cari jalan penyelesaian bagi pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia. Oleh itu, beliau berharap agar anggota G20 dapat menemukan kaedah terbaik bagi mendorong pertumbuhan ekonomi yang kukuh, mampan, hijau dan inklusif.

José Ángel Gurría Treviño berkata, pada masa lalu, China bersama-sama dengan negara anggota G20 yang lain telah mengekalkan komunikasi yang erat dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa, antaranya termasuklah OECD, di samping berusaha untuk mencari cara yang lebih cepat untuk merealisasikan matlamat ekonomi dan perdagangan. Usaha tersebut merupakan pencapaian terbaik China selaku negara pengerusi bergilir G20.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China