Cari:
Presiden Xi Hurai Situasi Ekonomi China dan Dunia
2016-09-03 20:03:49 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama ketika merasmikan Sidang Kemuncak Industri dan Perniagaan Kumpulan 20 (B20) di Hangzhou, petang tadi.

Ucaptama yang berjudul "Titik Permulaan Baharu Pembangunan China, Cetak Biru Baharu Pertumbuhan Sejagat" itu menghuraikan perspektif dan cadangan Presiden Xi terhadap ekonomi China dan dunia serta tadbir urus ekonomi dan kewangan global.

Hala tuju ekonomi China menjadi tumpuan ramai pada ketika ini, terutamanya pada saat dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada trauma akibat krisis kewangan pada tahun 2008.

Presiden Xi memberikan penjelasan terperinci mengenai keprihatinan dunia terhadap ekonomi China.

Menurut beliau, pada awal tahun ini, Beijing menerapkan konsep pembangunan yang inovatif, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi dalam strategi pembangunan negara, iaitu Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi tempoh Lima Tahun ke-13 (FYP-13), untuk menangani masalah-masalah yang timbul dalam proses pembangunan ekonomi domestik.

Melalui pelaksanaan rangka tindakan tersebut, China kini berada pada titik permulaan yang serba baharu, yakni melipatgandakan usaha untuk meningkatkan reformasi, menyusun semula trend pertumbuhan ekonomi dan melakukan interaksi yang lebih aktif dengan dunia.

Ketika berdepan dengan kemerosotan ekonomi dunia dan pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang mencatat tahap paling rendah dalam tempoh 30 tahun yang lalu, Presiden Xi turut mengemukakan cadangan.

Menurut beliau, China berharap dapat berusaha bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat dalam Sidang Kemuncak G20 untuk mencari jalan penyelesaian yang dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih kukuh, mampan, seimbang dan inklusif.

Pertama, membina ekonomi dunia yang inovatif dan meneroka sumber pertumbuhan ekonomi.

Kedua, membina ekonomi dunia yang terbuka dan meluaskan ruang pembangunan.

Ketiga, membina ekonomi dunia yang bersepadu dan saling berhubung.

Keempat, membina ekonomi dunia yang inklusif dan mengukuhkan asas bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China