Cari:
Sidang BRICS: Presiden Xi Harap Kerjasama Entiti Ekonomi Baru Muncul Mainkan Peranan
2016-09-04 14:27:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang kemuncak tidak rasmi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) telah diadakan di Hangzhou pagi tadi. Sidang kali ini turut dihadiri oleh Presiden China, Xi Jinping, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, Presiden Brazil, Michel Temer dan Presiden Rusia, Vladmir Putin.

Presiden Xi dalam ucapannya berkata, BRICS bukan sahaja pelopor bagi pasaran baru muncul dan negara-negara membangun, malah anggota penting dalam Kumpulan 20 (G20). Kebangkitan negara pasaran baru muncul dan negara-negara membangun adalah antara perubahan yang paling signifikan dalam hubungan antarabangsa komtemporari. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan platform BRICS dan G20 bagi menggalakkan negara pasaran baru muncul dan negara-negara membangun memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa.

Presiden Xi berkata, perkembangan kerjasama negara-negara BRICS dikekalkan dengan baik atas usaha sama kelima-lima negara pada tahun ini. Hasil-hasil yang telah dicapai, terutamanya dalam pertukaran sosiobudaya boleh dikatakan amat memuaskan.

Beliau turut menanti-nantikan keberhasilan mesyuarat tidak rasmi kali ini dan persediaan semua pihak bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou yang akan dirasmikan pada petang ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China