Cari:
Xi Jinping, Obama, Ban Ki-moon Hadiri Majlis Ratifikasi Persetujuan Paris
2016-09-04 14:56:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

President China, Xi Jinping bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menghadiri upacara penyerahan dokumen pengesahan Persetujuan Paris di Hangzhou semalam.

Xi Jinping dalam ucapannya menegaskan bahawa China adalah negara membangun yang terbesar, manakala AS adalah negara maju yang paling besar. Kedua-dua negara pernah mengadakan dialog dan menjalinkan kerjasama dalam menangani perubahan iklim. Tindakan China dan AS menyerahkan dokumen pengesahan Persetujuan Paris secara serentak menggambarkan aspirasi dan keazaman kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu sejagat bersama-sama.

Ban Ki-moon dalam ucapannya menyatakan bahawa tindakan China dan AS meratifikasi Persetujuan Paris akan menggalakkan pelaksanaan persetujuan tersebut menjelang penghujung tahun ini. PBB menyanjung tinggi peranan China dan AS dalam menangani cabaran perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China