Cari:
UNEP Sanjung Tinggi China dan AS Meratifikasi Persetujuan Paris
2016-09-04 13:06:53 CRI Cetak

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) mengeluarkan kenyataan di Nairobi semalam memuji tindakan China dan Amerika Syarikat (AS) yang telah meratifikasi Persetujuan Paris, di samping menyifatkan sokongan padu kedua-dua negara tersebut dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim sebagai amat membanggakan.

Pada hari yang sama, Setiausaha Eksekutif Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim(UNFFCC), Patricia Espinosa Cantellano juga mengeluarkan kenyataan untuk menyatakan penghargaan kepada China dan AS. Beliau menyifatkan tindakan China dan AS itu sebagai pembuka jalan untuk mewujudkan pembangunan mampan di dunia. Beliau berkata, Persetujuan Paris menawarkan pelbagai peluang kepada semua negara untuk merealisasikan pembangunan mampan, selain merupakan detik penting dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim.

Espinosa menambah, masa depan pembangunan dunia akan lebih terjamin sekiranya dokumen tersebut diratifikasi dan dilaksanakan lebih awal. Beliau berharap agar lebih banyak negara meratifikasi persetujuan itu dan bersama-sama membangunkan dunia yang lebih makmur dan mampan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China