Cari:
Xi Jinping Sampaikan Ucaptama Sidang Kemuncak G20
2016-09-04 18:02:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah merasmikan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou China petang tadi.

Ketika menyampaikan ucaptama, Xi Jinping menyatakan bahawa beliau berharap agar para peserta dapat berkongsi idea dan berusaha demi merealisasikan matlamat sidang kali ini, iaitu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia, mengintensifkan kerjasama ekonomi antarabangsa dan mendorong pembangunan G20.

Pada saat ekonomi dunia masih bergelut dengan pelbagai cabaran, Presiden Xi Jinping telah mengemukakan lima cadangan dalam ucaptama beliau. Menurut beliau, semua pihak perlu memperkasakan dasar ekonomi makro, menginovasikan kaedah pembangunan, membaiki tadbir urus ekonomi sejagat, membina ekonomi dunia yang terbuka dan melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dalam usaha untuk menggalakkan pembangunan inklusif.

Semasa membicarakan pembangunan G20 pada masa depan, Xi Jinping menyatakan bahawa G20 perlu berperanan berdasarkan keperluan ekonomi dunia, mengubah tugas daripada pihak yang menangani krisis kewangan kepada pembina mekanisme tadbir urus dalam jangka masa panjang. G20 diharap dapat mendengar pendapat pelbagai pihak, terutamanya rintihan suara negara-negara membangun bagi menjadikan bidang tugas G20 lebih inklusif dan memberikan respons yang lebih baik terhadap permintaan rakyat pelbagai negara.

Xi Jinping menegaskan bahawa G20 perlu mengambil tindakan yang praktikal bagi melaksanakan pelbagai pelan tindakan yang telah digubal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China