Cari:
Ban Ki-moon Sanjung Tinggi Sidang Kemuncak G20
2016-09-05 13:27:00 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) telah diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou, China semalam. Satu kemajuan yang penting telah dicapai dalam agenda sidang tersebut mengenai topik perubahan iklim, dan ia akan mendorong Agenda Pembangunan Berterusan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Demikian dikatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semasa menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar di Pusat Berita Sidang Kemuncak G20 pagi semalam.

Ini kali ke-11 dan juga kali terakhir kehadiran beliau pada Sidang Kemuncak Ke-20 sebagai Setiausaha Agung PBB. Ban Ki-moon menyatakan bahawa Sidang Kemuncak G20 kali ini telah mencapai kemajuan bersejarah dalam agenda pembangunan berterusan dan perubahan iklim. Ini telah membuktikan kepemimpinan yang unggul China.

Mengenai perubahan iklim, beliau telah memuji kerjasama penting antara China dengan Amerika Syarikat (AS). Kedua-dua negara ini telah menganggotai "Perjanjian Paris" perubahan iklim secara rasmi pada 3 September lalu. Keanggotaan kedua-dua negara kuasa besar ini pasti akan mendorong perjanjian tersebut dikuatkuasakan menjelang penghujung tahun ini.

Menurut Ban Ki-moon, selain daripada China dan AS, sudah terdapat 26 buah negara yang menduduki 39% dalam jumlah pelepasan keseluruhan telah meluluskan perjanjian tersebut. Namun perjanjian tersebut dapat dikuatkuasakan selepas diluluskan oleh 29 lagi buah negara. Beliau menjelaskan bahawa beliau telah mengundang pemimpin dari pelbagai negara untuk menyertai aktiviti peringkat tinggi di New York pada 21 September nanti. Pemimpin-pemimpin yang terlibat diharap dapat membawa surat kelulusan Perjanjian Paris pada waktu itu atau secara terbuka membuat komitmen akan menyertai perjanjian tersebut menjelang penghujung tahun ini.

Ban Ki-moon juga mengucapkan terima kasih kepada China kerana memasukkan Agenda Pembangunan Berterusan 2030 PBB dalam agenda perbincangan sidang kemuncak kali ini. Beliau menyifatkannya sebagai sumbangan bersejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China