Cari:
Xi Jinping Sampaikan Ucaptama dalam Sidang Kemuncak G20
2016-09-05 12:52:49 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) telah dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou, China petang semalam.

Presiden China, Xi Jinping telah mempengerusikan sidang tersebut dan menyampaikan ucaptama.

Beliau melahirkan harapan agar para peserta dapat menyumbang idea dan menggembleng tenaga demi merealisasikan sasaran sidang kali ini, iaitu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia, mengintensifkan kerjasama ekonomi antarabangsa dan mendorong pembangunan G20.

Pada saat ekonomi dunia masih bergelut dengan pelbagai cabaran, Presiden Xi Jinping telah mengemukakan lima cadangan untuk merangsang pembangunan ekonomi.

Menurut beliau, semua pihak harus meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro, menginovasi kaedah pembangunan, membaiki tadbir urus ekonomi global, membina ekonomi dunia yang terbuka, dan melaksanakan Agenda Pembangunan Berterusan 2030 dalam usaha untuk menggalakkan pembangunan inklusif.

G20 telah mencapai konsensus mengenai Cetak Biru Pembaharuan Pembangunan pada tahun ini, dan memutuskan akan merangsang pertumbuhan ekonomi dunia melalui inovasi, pembaharuan struktur, revolusi industri baharu, ekonomi digital dan sebagainya. Dalam pada itu, pelbagai pihak turut memulihkan semula kumpulan kerja struktur kewangan G20 demi meningkatkan keberkesanan tadbir urus kewangan.

Semasa membicarakan pembangunan G20 pada masa depan, Xi Jinping menyatakan bahawa G20 perlu mewujudkan transformasi daripada menangani krisis kewangan kepada membina mekanisme tadbir urus dalam jangka masa panjang. G20 diharap dapat mendengar pendapat pelbagai pihak, terutamanya rintihan suara negara-negara membangun supaya menjadikan bidang tugas G20 lebih inklusif dan memberikan respons yang lebih baik terhadap permintaan rakyat pelbagai negara.

Xi Jinping menegaskan bahawa G20 perlu mengambil tindakan yang praktikal bagi melaksanakan pelbagai pelan tindakan yang telah digubal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China