Cari:
Sidang Kemuncak G20 Berakhir
2016-09-06 14:15:09 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Hangzhou petang semalam. Sebagai tuan rumah, Presiden China, Xi Jinping telah menjelaskan pencapaian sidang kemuncak kali ini dalam sidang akhbar berkenaan.

Menurut beliau, pelbagai pihak berazam untuk merangka pelan pembangunan ekonomi dunia, membaharui model pertumbuhan, membaiki tadbir urus ekonomi dan kewangan global, menjana semula perdagangan dan pelaburan antarabangsa sebagai pemacu ekonomi dunia, menggalakkan pembangunan inklusif, supaya membolehkan seluruh dunia dapat menikmati hasil kerjasama G20.

Xi Jinping berkata, sidang kemuncak kali ini telah mencapai 29 dokumen, termasuklah Cetak Biru Pembaharuan Pertumbuhan G20, Strategi Peningkatan Perdagangan Global dan Peraturan Panduan Pelaburan Global G20, Inisiatif Menyokong Perindustrian Afrika dan Negara Paling Mundur G20, dan Inisiatif Perikatan Kesalinghubungan Infrastruktur Global.

Pelbagai pihak yang menghadiri sidang kemuncak kali ini telah bertukar-tukar pandangan mengenai tema utama "Membina Ekonomi Dunia yang Inovatif, Dinamik, Berhubung dan Inklusif", mengutarakan hala tuju, matlamat dan langkah kerjasama G20, dan telah mencapai Konsensus Hangzhou bagi merangsang ekonomi dunia.

Xi menyatakan pelbagai pihak telah menegaskan pentingnya melindungi keamanan dan kestabilan dunia bagi menghadapi krisis dan cabaran di dunia semasa ini.

Cetak Biru Pembaharuan Pembangunan yang dicapai sidang kemuncak kali ini menegaskan perlunya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dunia melalui inovasi, revolusi industri yang baharu, ekonomi digital dan sebagainya.

Selain itu, pelbagai pihak juga telah mencapai kata sepakat yang penting dalam kerjasama antirasuah.

Sebagai negara membangun yang terbesar di dunia, China buat kali pertama mengadakan sidang kemuncak G20 dan mengundang pemimpin dari Kazakhstan, Mesir, Laos, Chad, Senegal dan Thailand menghadiri sidang tersebut.

Xi Jinping menyatakan bahawa pelbagai pihak akan terus berusaha bersama-sama untuk melaksanakan dan mendorong hasil sidang kemuncak G20 di Hangzhou ini dan berharap ia menjadi titik permulaan yang baharu bagi G20.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China