Cari:
Jepun Diharap Proaktif Baiki Hubungan dengan China
2016-09-06 11:27:01 CRI Cetak

China dan Jepun perlu menjunjung prinsip dan semangat yang termaktub dalam empat dokumen politik China-Jepun serta persepakatan dalam empat perkara yang telah dicapai pada penghujung 2014 untuk membaiki hubungan bilateral.

Hasrat itu disampaikan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-11 di Hangzhou, semalam.

Xi menegaskan bahawa pendirian Beijing untuk membaiki hubungan dengan Tokyo adalah konsisten dan tidak akan berubah-ubah, biarpun jalan yang bakal ditempuhi dipenuhi onak dan duri.

Beliau berharap agar kedua-dua negara memanfaatkan sambutan memperingati ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun depan untuk memastikan hubungan dua hala berada di landasan yang betul.

Tambah beliau lagi, dialog dan rundingan merupakan pendekatan yang wajar bagi kedua-dua negara bagi menangani isu-isu sensitif seperti isu Laut China Timur dan isu Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Abe berjanji bahawa Tokyo akan mematuhi persepakatan berkenaan demi membaiki hubungan bilateral dan mengambil langkah proaktif untuk mengadakan dialog dengan Beijing, selain mengintensifkan kerjasama dua hala dalam bidang kewangan, perdagangan dan perlindungan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China