Cari:
Jerman Ambil Alih Pengerusi Negara G20
2016-09-06 15:14:57 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-11 di Hangzhou disifatkan sebagai amat berjaya kerana telah mencapai banyak hasil yang memberangsangkan.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Canselor Jerman, Angela Merkel di Hangzhou, baru-baru ini.

Presiden Xi menyambut baik tindakan Jerman untuk terus membincangkan beberapa topik utama seperti inovasi, reformasi struktur serta pembangunan dan ekonomi digital dalam Sidang Kemuncak G20 ke-12 di Hamburg, Jerman, tahun depan.

Tambah Xi, China bersedia untuk menyumbang demi kejayaan sidang kemuncak seterusnya dengan mengadakan komunikasi dan kerjasama dengan Jerman.

Merkel menyuarakan harapan agar Beijing terus memberikan sokongan padu kepada negara itu dalam melakukan persiapan sidang kemuncak G20 tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China