Cari:
IMF Puji Kepemimpinan China dalam Sidang Kemuncak G20
2016-09-06 15:53:33 CRI Cetak

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menghargai kepemimpinan China dalam menjayakan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-11 di Hangzhou, serta sumbangan negara ini bagi membantu mencari laluan baharu demi mengaktifkan pertumbuhan ekonomi global.

Ketika bertemu dengan pemberita di Hangzhou semalam, beliau berkata, pemimpin-pemimpin G20 telah sebulat suara bersetuju untuk mengintensifkan reformasi bagi dasar monetari, polisi kewangan dan struktur ekonomi.

Lagarde turut menyeru para pemimpin yang berhimpun di Hangzhou supaya menjadi "pasukan pelaksana", bukan setakat "janji kosong", dan berharap agar hasil sidang tersebut dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Tambah beliau lagi, kemasukan mata wang Renminbi (RMB) dalam basket Hak Pengeluaran Khas (SDR) oleh IMF pada 1 Oktober depan merupakan detik penting dalam proses pembaharuan sistem mata wang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China