Cari:
China dan ASEAN Cari Peluang Bersama
2016-09-06 12:59:15 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur yang bakal diadakan di Laos.

Sebelum persidangan ini, Presiden Institut Pembangunan dan Strategi Longus, iaitu kumpulan pemikir Singapura, Koh Chin Yee ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa jurang perbezaan pembangunan antara China dengan ASEAN turut mewujudkan struktur ekonomi yang saling melengkapi antara kedua-dua pihak. Ia juga melahirkan cara kerjasama yang berlainan antara negara-negara ASEAN dengan China. Beliau berkata,

"Contohnya, kerjasama antara Singapura dengan China tertumpu kepada industri kedua dan ketiga. Manakala kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dengan China kebanyakan adalah dalam bidang perdagangan sumber asli."

Menurut Koh, kerjasama ekonomi antara China dengan negara-negara ASEAN berkembang maju pada keseluruhannya. China menjalankan kerjasama yang berlainan dengan negara-negara ASEAN mengikut keadaan negara masing-masing. Walaupun perbezaan ini akan membawa persaingan, namun model kerjasama ini boleh dianggap peluang bagi eknomi kedua-dua pihak. Katanya,

"Terdapat jurang perbezaan dalaman di China dan ASEAN. Terdapat jurang perbezaan pembangunan di kawasan timur dan barat China. Dalam pada itu, negara-negara ASEAN pun mempunyai jurang perbezaan pembangunan yang amat besar. Perbezaan ini telah membawa banyak peluang kerjasama. Oleh itu, saya berpendapat, masa depan kerjasama China-ASEAN amat cerah."

Menurut Koh, sekiranya hubungan politik antara China dengan ASEAN menjadi tidak stabil, ia akan membawa tempias kepada hubungan ekonomi, khususnya dalam bidang pelaburan. Namun, hubungan ekonomi yang kukuh akan memberikan sokongan kepada pemeliharaan hubungan politik yang stabil.

Beliau menyatakan bahawa negara China yang kuat akan menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN. Katanya,

"Negara China yang stabil dan makmur akan memberikan manfaat kepada seluruh rantau ini. Ada orang bimbang bahawa China yang kian kuat akan memberikan ancaman kepada Asia Tenggara. Namun saya berpendapat, sekiranya China terperangkap dalam krisis, ia akan membawa ancaman yang lebih besar."

Menurutnya, China dan ASEAN berusaha mewujudkan situasi menang-menang melalui struktur ekonomi yang saling melengkapi dan kesalinghubungan. Situasi menang-menang ini turut menegakkan keyakinan kedua-dua pihak untuk mengekalkan kestabilan dan mengawal perselisihan. Ini antara hasil cemerlang yang tercapai berikutan China dan ASEAN menjalinkan hubungan dialog 25 yang lalu, dan turut menggalakkan kedua-dua pihak terus mewujudkan pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China