Cari:
Yang Jiechi: Hasil Sidang Kemuncak G20 Memberangsangkan
2016-09-07 13:39:17 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Hangzhou Isnin lalu. Ahli Dewan Negara, Yang Jiechi ketika diwawancara oleh wartawan di Hangzhou semalam menyatakan bahawa sidang kali ini amat signifikan kerana diadakan semasa situasi krisis kewangan antarabangsa paling rumit dan menghadapi pelbagai cabaran serta dinanti-nantikan pelbagai pihak.

Menurut beliau, ekonomi dunia kini masih lembap dan perlu ruang pertumbuhan dan momentum yang baharu. Selain itu, G20 berada pada fasa peralihan dari menghadapi krisis kepada membentuk mekanisme tadbir urus untuk jangka masa panjang. Pada waktu yang sama, G20 juga perlu mencari penyelesaian bagi menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, pelarian dan keganasan.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Membina Ekonomi Dunia yang Inovatif, Dinamik, Berhubung dan Inklusif" ini disertai pemimpin dari negara-negara anggota G20 dan lapan negara tetamu kehormat, serta petugas dari tujuh pertubuhan antarabangsa.

Sidang kemuncak ini telah mengeluarkan Pengumuman Sidang Kemuncak Hangzhou G20 dan 28 buah dokumen sebelum berakhir. Hasil sidang ini boleh dilihat dari beberapa aspek yang berikut.

Pertama, sidang ini memperlihatkan semangat hubungan rakan untuk menghadapi cabaran bersama;

Kedua, sidang ini telah menetapkan hala tuju ekonomi dunia, dan menegaskan pentingnya untuk melaksanakan inovasi dan pembaharuan;

Ketiga, sidang ini telah menyusun beberapa pelan tindakan yang praktikal;

Keempat, sidang ini memperlihatkan keazaman untuk merealisasikan pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China