Sidang Pemimpin China-ASEAN (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN dirasmikan di Vientiane, ibu negara Laos, negara pengerusi bergilir ASEAN hari ini. Dua dokumen iaitu Garis Panduan Wadah Talian Penting Diplomat Kanan demi Kejadian Maritim Cemas China-ASEAN, dan China dan ASEAN Melaksanakan "Peraturan Pertemuan Luar Jangkaan di Laut" di Laut China Selatan, akan diluluskan dalam persidangan tersebut.
Presiden Institut Laut China Selatan, Wu Shicun ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa kedua-dua dokumen tersebut boleh dianggap antara hasil awal rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC). Peristiwa bersejarah dalam peningkatan rasa kesalingcayaan politik antara China dengan ASEAN ini membawa makna positif untuk memelihara kestabilan serantau.
China dan negara-negara ASEAN memeterai Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) pada Novemeber tahun 2002. DoC menetapkan penyusunan CoC sebagai sasaran seterusnya. China dan ASEAN memulakan rundingan CoC berdasarkan rangka pelaksanaan DoC pada bulan September tahun 2013. Pelbagai pihak berkenaan memutuskan untuk berusaha menyelesaikan draf kerangka CoC menjelang pertengahan tahun 2017 dalam mesyuarat pegawai kanan China-ASEAN ke-13 demi melaksanakan DoC pada bulan Ogos lalu.
Menurut Wu, kedua-dua dokumen yang diluluskan hari ini boleh dianggap hasil tuaian peringkat awal dalam rundingan DoC. Garis Panduan Wadah Talian Penting Diplomat Kanan demi Kejadian Maritim Cemas China-ASEAN bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku insiden di luar jangkaan ketika keadaan darurat di laut melalui komunikasi telefon sebelum CoC dicapai. Manakala dokumen China dan ASEAN Melaksanakan "Peraturan Pertemuan Luar Jangkaan di Laut" di Laut China Selatan antara dokumen yang tercapai atas usaha bersama China dan Amerika Syarikat (AS) dalam Sidang Tahunan Forum Pasukan Laut Pasifik Barat ke-14 pada bulan April tahun 2014.
Menurutnya, kedua-dua dokumen ini membawa penyelesaian pertikaian di Laut China Selatan kembali ke meja rundingan diplomatik dan turut menunjukkan hasrat China dan ASEAN untuk bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.