Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN Fokuskan "Kesalinghubungan Dalam & Kerjasama Luar"
2016-09-08 14:34:51 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 telah diadakan di Vientiane, Laos pada 6 hingga 7 September lalu. Pemimpin dari 10 buah negara ASEAN bersepakat akan meningkatkan kerjasama dalam ASEAN, mendorong pembinaan komuniti, serta merapatkan hubungan ASEAN dengan rakan-rakan dialog dan masyarakat antarabangsa.

Sidang kemuncak ASEAN kali ini merupakan pertemuan pemimpin ASEAN yang rasmi kali pertama sejak komuniti itu ditubuhkan penghujung tahun lalu.

Topik tentang pembangunan dalaman ASEAN telah dibincangkan dalam sidang kemuncak ASEAN ke-28 pada 6 September lalu. Pemimpin negara ASEAN telah menetapkan matlamat pembangunan Komuniti ASEAN pada masa hadapan, khususnya melaksanakan Wawasan 2025 Komuniti ASEAN dan tiga cetak biru komuniti dalam bidang keselamatan politik, ekonomi dan sosiobudaya.

Dalam persidangan tersebut, pemimpin negara ASEAN telah meluluskan banyak dokumen kerjasama yang melibatkan kesalinghubungan, perdagangan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerjasama warisan budaya, pencegahan dan penyelamatan bencana, pembangunan berterusan serta pembinaan infrastruktur.

Selain itu, Sidang Kemuncak ASEAN ke-29 yang diadakan pada 7 September lalu pula memfokuskan kerjasama ASEAN dengan luar. Para pemimpin negara ASEAN bersetuju bahawa pertubuhan itu seharusnya terus memainkan peranan utama dalam struktur serantau yang sering berubah melalui rangka kerjasama 10+1, 10+3, forum rantau ASEAN, sidang peluasan menteri pertahanan ASEAN, dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Pada masa yang sama, pemimpin negara ASEAN juga telah bertukar-tukar pandangan tentang beberapa isu antarabangsa dan serantau yang menarik perhatian bersama seperti keganasan, ekstremisme, bencana alam, perubahan iklim, pendatang haram, penyeludupan manusia, pertikaian wilayah, dan keselamatan maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China