Cari:
China Pererat Hubungan dengan ASEAN
2016-09-08 12:43:32 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Pemimpin ASEAN-China (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog ASEAN-China di Vientiane, Laos semalam. Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith bersama-sama mempengerusikan persidangan yang turut dihadiri pemimpin dari 10 buah negara ASEAN.

Li mengemukakan lima cadangan bagi mempererat hubungan antara China dengan ASEAN.

Pertama, menggalakan hubungan China-ASEAN melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi. Kedua-dua pihak perlu menyelaraskan sasaran dan model pembangunan, mempergiat usaha untuk membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN. Di samping itu, meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan memperluas kepentingan bersama.

Kedua, membina wadah kerjasama keselamatan politik yang baharu. China bersedia memeterai perjanjian kerjasama jiran baik dengan negara-negara ASEAN secepat mungkin bagi menyediakan jaminan perundangan kepada hubungan persahabatan antara kedua-dua pihak dalam jangka masa yang panjang. China menyokong usaha ASEAN untuk membina rantau Asia Tengara yang bebas daripada senjata nuklear. China berusaha untuk mewujudkan mekanisme pertemuan tidak rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN, dan mekanisme dialog keselamatan penguatkuasaan undang-undang peringkat menteri.

Ketiga, meneroka potensi dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan. China dan ASEAN perlu menggalakan pelaksanaan perjanjian dalam protokol mengenai penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) agar meningkatkan liberalisasi dan pemudahan pelaburan perdagangan. Dalam pada itu, China dan ASEAN perlu menggalakkan pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), kerjasama kesalinghubungan, projek kereta api China-Laos, China-Thailand, kereta api laju Jakarta-Bandung, selain mempergiat kerjasama industri berkenaan.

Keempat, mengintensifkan pertukaran sosiobudaya. China dan ASEAN seharusnya mengutamakan kerjasama pendidikan dan pelancongan, menjadikan pertukaran sosiobudaya antara tunggak ketiga dalam kerjasama China-ASEAN.

Kelima, bersama-sama meneroka prospek kerjasama serantau yang baharu. Sidang pemimpin sungai Lancang-Mekong pertama menetapkan tiga tunggak kerjasama utama yang melibatkan keselamatan politik, ekonomi dan pembangunan berterusan, dan sosoibudaya, serta lima sektor diutamakan iaitu kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, ekonomi rentas sempadan, sumber air, pertanian dan pembasmian kemiskinan. Tabung kerjasama sungai Lancang-Mekong khas akan dirasmikan demi memberikan sokongan kepada projek kerjasama antara negara-negara di subkawasan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China