Cari:
Jepun Digesa Jangan Eksploitasi Isu LCS
2016-09-10 16:16:36 CRI Cetak

Tindakan Jepun yang tetap berdegil membangkitkan semula keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan (LCS) ke meja rundingan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Laos, baru-baru ini, dilakukan dengan memilih waktu yang paling tidak sesuai, sekali gus mendedahkan negara yang kurang mengetahui keadaan semasa itu berdegil memilih memulau diri sendiri.

Kritikan itu diutarakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam, berikutan dakwaan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bahawa janji yang dibuat China untuk memberhentikan tindakan ketenteraan di LCS supaya digesa dipatuhi.

Hua berkata, sepanjang sidang kemuncak tersebut, hanya terdapat 2 daripada 18 buah negara, antaranya Jepun dan Amerika Syarikat dari luar rantau yang bertegas mahu membawa keputusan PCA berkenaan ke meja rundingan.

Beliau menggesa supaya Jepun bertindak secara praktikal demi menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan rantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China