Cari:
China, Rusia Kukuh Lagi Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-09-10 16:18:38 CRI Cetak

China dan Rusia perlu melipatgandakan usaha gigih untuk memanfaatkan jalinan politik yang akrab dan mesra bagi menjayakan lebih banyak kerjasama yang pragmatik supaya rakyat kedua-dua negara dapat menikmati manfaat yang melimpah ruah.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping semasa ditemui Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, Valentina Matviyenko di Beijing, semalam.

Presiden Xi berkata, konsensus baharu berkaitan usaha memperkukuh lagi perkongsian strategik antara Beijing dengan Moscow telah dicapai seketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Vladimir Putin, sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou, minggu lepas.

Xi menghargai ikatan mesra yang terjalin antara Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China dengan Majlis Persekutuan Rusia dalam menjamin merancakkan program pertukaran antara satu sama lain.

Matviyenko turut membalas, Rusia bersedia bersama-sama dengan China untuk melaksanakan persepakatan penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China