Cari:
Gencatan Senjata Baharu di Syria
2016-09-11 14:42:49 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov semalam mencapai persetujuan gencatan senjata baharu Syria yang jika dilaksanakan bakal menyaksikan kerjasama dua negara ber­kenaan dalam operasi memerangi kumpulan mi­litan.

Kerry dalam sidang media di Geneva semalam berkata, gencatan senjata yang akan berkuat kuasa pada hari pertama Hari Raya Aidiladha, esok itu, bertujuan untuk mengurangkan keganasan serta meredakan penderitaan, dan dilihat sebagai langkah ke arah rundingan damai serta perubahan politik di Syria.

Kerry pula berkata, Washington dan Moscow akan mewujudkan satu unit penyelaras bersama untuk melancarkan serangan terhadap sasaran pengganas.

Perjanjian yang dipersetujui Moscow dan Washington itu adalah saranan untuk menghentikan peperangan di seluruh negara Syria dan meningkatkan bantuan kemanusiaan terutamanya di bandar Aleppo.

Utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura dalam kenyataan semalam menyambut baik keputusan AS dan Rusia tersebut dan menggesa supaya pihak-pihak terbabit dapat merebut kesempatan ini untuk menyelesaikan isu Syria menerusi pendekatan politik.

Dalam pada itu, kerajaan Syria turut menyuarakan sokongan terhadap perjanjian gencatan senjata baharu berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China