Cari:
Ujian Nuklear DPRK Musnah Kedamaian Semenanjung Korea
2016-09-11 14:44:30 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Zhang Yesui semalam memanggil Duta Besar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) ke China, Chi Jae Ryong, untuk mengulangi lagi pendirian Beijing yang menolak sebarang percubaan memusnahkan keamanan Semenanjung Korea.

Zhang berkata, pendirian China dalam isu nuklear Semenanjug Korea adalah konsisten dan tidak akan berubah-ubah, iaitu mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear, memelihara kedamaian dan kestabilan rantau, serta menyelesaikan pertikaian menerusi dialog dan rundingan.

Tindakan DPRK yang tetap berdegil membangunkan senjata nuklear dan melakukan ujian nuklear secara berkali-kali adalah bertentangan dengan keinginan masyarakat antarabangsa, kerana ia menjadikan ketegangan di Semenanjung memuncak semula, malah mencemari usaha gigih pelbagai pihak untuk mewujudkan keamanan di rantau ini.

China menggesa supaya DPRK jangan bertindak sepertimana yang bakal menjadikan situasi meruncing, dan secepat mungkin kembali ke arah membebaskan semenanjung itu daripada senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China