Cari:
Syria Laksanakan Gencatan Senjata 7 Hari
2016-09-13 12:33:20 CRI Cetak

Tentera Syria mengisytiharkan gencatan senjata selama tujuh hari di seluruh negara itu bermula pukul 7.00 malam semalam hingga 19 September. Pihaknya berhak untuk mengambil tindakan balas sekiranya mana-mana pihak bertindak menjejaskan gencatan senjata itu.

Dilaporkan, seorang penduduk terbunuh manakala 17 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan militan di bandar Aleppo, utara negara itu sebelum ini.

Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mencapai persepakatan tentang perjanjian gencatan senjata yang baharu di Syria pada 10 September. Perjanjian itu berkuatkuasa bermula semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China