Cari:
Kerjasama Pemanduan Arah Satelit China-ASEAN Capai Kemajuan
2016-09-13 14:58:54 CRI Cetak

Forum Kerjasama Pemanduan Arah Satelit China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi pada 12 September lalu.

Ketua pereka bentuk Sistem Satelit Pandu Arah Beidou, Yang Changfeng dalam forum itu berkata, ketepatan penentududukan sistem tersebut akan terus ditingkatkan pada masa akan datang.

Sejak menyediakan perkhidmatan untuk rantau Asia Pasifik pada tahun 2012, Sistem Satelit Pandu Arah Beidou, yang juga dikenali sebagai Sistem Satelit Pandu Arah Kompas (CNSS), beroperasi secara stabil dengan ketepatan penentududukannya mencapai 10 meter.

Sistem Beidou yang baru diperkenalkan pula bakal mampu menyediakan perkhidmatan penentududukan yang kesilapannya kurang daripada satu meter dan 10 sentimeter.

Jika dibandingkan dengan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) milik AS dan sistem pandu arah satelit GLONASS Rusia, sistem Beidou mempunyai kelebihan istimewa kerana mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap kepada negara-negara ASEAN yang terletak di kawasan latitud rendah, dengan ketepatan penentududukan kurang daripada 5 meter.

Pengarah Jabatan Pengurusan Sistem Pandu Arah Satelit China, Ran Chengqi berkata, teknologi cip 40 nanometer yang digunakan untuk membangunkan sistem Beidou mencapai taraf maju dunia. Namun, harga cip tersebut hanya RMB10 sahaja, yang menjadikan sistem berkenaan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Kerjasama antara China dengan ASEAN dalam bidang pemanduan arah satelit terus mencapai kemajuan pada masa ini. Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Maklumat, Jabatan Pentadbiran Ruang Siber China (CAC), Xu Yu menyatakan bahawa China telah menggerakkan kerjasama dengan Thailand dan Kemboja untuk menubuhkan pusat pandu arah satelit global yang menyediakan perkhidmatan kepada seluruh ASEAN. Di samping itu, China juga bersama-sama dengan Malaysia menubuhkan pusat data dan perkhidmatan untuk sistem Beidou.

Kaedah untuk memanfaatkan sistem Beidou bagi memperkukuh kerjasama dua hala demi manfaat rakyat serantau turut menjadi tumpuan dalam forum tersebut. Ketua Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos, Saphantgthong Thatheva berkata, pihaknya perlu menjalankan pemantauan terhadap sumber tanah negara kerana pembangunan industri pertanian amat penting bagi Laos. Dalam pada itu, sistem pandu arah satelit yang menyediakan perkhidmatan penentududukan tepat amat diperlukan untuk usaha tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China