Cari:
Prestasi Ekonomi China Makin Menggalakkan
2016-09-14 14:52:08 CRI Cetak

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Biro Statisik Negara China (NBS) semalam, jumlah pelaburan aset tetap negara ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.1% dari Januari hingga Ogos tahun ini, manakala pelaburan swasta pula meningkat 2.1%.

Sehubugnan dengan itu, jurucakap NBS, Sheng Laiyun menyatakan bahawa ekonomi China menunjukkan prestasi yang semakin menggalakkan dengan pertumbuhan pelaburan kekal stabil. Kata beliau, "Jumlah pelaburan dalam aset tetap meningkat 8.2% pada bulan Ogos, iaitu 4.3% lebih tinggi berbanding dengan bulan Julai. Jumlah pelaburan swasta pula meningkat 2.3%, selepas mengalami penurunan sebanyak 1.2% pada bulan Julai. Data-data ini menunjukkan pelaburan aset tetap mulai pulih dengan stabil."

Statisik tersebut juga menunjukkan bahawa pelaburan hartanah di seluruh negara mencatat pertumbuhan pada kadar 5.4%, dengan keluasan unit kediaman yang sedia dipasarkan mencecah 708.7 juta meter persegi hingga hujung bulan Ogos, menurun 5.12 juta berbanding bulan sebelumnya. Jualan hartanah yang berterusan dapat membantu mengekang kenaikan harga rumah di China. Sheng berkata, "Harga rumah di bandar-bandar besar dan sederhana mengekalkan trend peningkatan, manakala di bandar-bandar kecil pula harganya kekal stabil kerana stok rumah mencukupi. Perbezaan ini dijangka terus wujud. Oleh itu, dasar kawalan terhadap industri hartanah perlu disemak semula mengikut keadaan setempat."

Menurut jurucakap itu, ekonomi China kini beroperasi secara stabil pada keseluruhannya, namun tetap berhadapan dengan banyak faktor ketidaktentuan, termasuk ekonomi global yang masih lembap dan kenaikan kadar faedah yang diumumkan oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) belum terlaksana. Selain itu, China masih berdepan dengan tekanan kemerosotan ekonomi yang besar disebabkan ekonomi negara ini masih berada dalam tahap kritikal proses transformasi dan penaiktarafan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China