Latihan ketenteraan "Laut Bersama-2016" China dan Rusia bermula secara rasmi semalam.
Kor Marin Tentera Laut China dan Rusia menyertai latihan pusing pertama.
Kandungan latihan tersebut antaranya termasuklah pertandingan menembak, pendaratan berhalangan di pulau, menaiki dan menuruni helikopter.
Pemimpin Kor Marin China, Shi Zhigang menyatakan bahawa latihan ketenteraan kali ini telah meningkatkan persefahaman dan penyelarasan antara kedua-dua pihak, di samping meningkatkan keupayaan tentera dan meletakkan asas yang kukuh dalam usaha menyelesaikan tugas bersama-sama.