Cari:
G20 Cadang Bina Struktur Kewangan Antarabangsa Yang Berdaya Tahan
2016-09-15 16:23:39 CRI Cetak

Portal Bank Rakyat China iaitu bank pusat China mengumumkan hasil penting dalam sektor kewangan dan fiskal yang telah dicapai dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou baru-baru ini.

Antaranya termasuklah Pelan Tindakan Hangzhou yang mencadangkan pembinaan struktur kewangan antarabangsa yang stabil dan berdaya tahan.

Menurut pelan tersebut, negara-negara terlibat telah menyatakan komitmen untuk mengambil lebih banyak tindakan bagi mengukuhkan struktur kewangan antarabangsa, yang merupakan faktor penting dalam mewujudkan pertumbuhan kewangan yang lebih kukuh, mampan, seimbang dan kestabilan.

Selain itu, kerjasama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dalam aliran modal amat dialu-alukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China