Cari:
Pembangunan Amat Penting bagi Perlindungan dan Perkembangan Hak Asasi Manusia
2016-09-17 14:14:37 CRI Cetak

Pembangunan amat penting bagi melindungi dan mengembangkan hak asasi manusia.

Demikian ditegaskan oleh Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang lain di Switzerland, Ma Zhaoxu ketika berucap dalam mesyuarat ke-33 Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam.

Beliau mewakili kira-kira 140 buah negara menyampaikan ucapan yang bertajuk "pembangunan mendorong hak asasi manusia".

Ma Zhaoxu berkata, negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin sedang berusaha gigih untuk melindungi dan mengembangkan hak asasi manusia masing-masing melalui pembangunan dalam, serta telah mencapai hasil yang menggalakkan. Selain itu, Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB telah memperlihatkan pentingnya pembangunan mampan bagi mendorong asasi manusia. Oleh itu, mewujudkan persekitaran pembangunan hak asasi manusia yang adil, komprehensif dan mampan, serta memastikan seluruh umat manusia dapat berkongsi hasil pembangunan, merupakan misi bersama masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China