Cari:
EU: Britain akan Mulakan Prosedur "Keluar dari EU" Awal 2017
2016-09-17 14:42:47 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kesatuan Eropah (EU) diadakan di Bratislava, ibu negara Slovakia semalam.

Pengerusi Majlis EU, Donald Tusk‎ dalam sidang akhbar selepas sidang kemuncak itu menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May mengenai Britain "keluar dari EU" pada awal bulan ini. Theresa May berkata, kerajaannya tidak mampu memulakan prosedur keluar dari EU pada tahun ini, namun "mungkin" pada Januari atau Februari tahun depan.

Tusk berkata, beliau memahami dan menghormati keputusan Britain. Namun beliau menegaskan, EU dan 27 buah negara anggota yang lain telah membuat persiapan yang rapi terhadap perkara ini, "bahkah dapat memulakan prosedur berkenaan pada esok".

Tambah beliau lagi, keputusan Britain untuk keluar dari EU "amat menyedihkan", namun bukanlah "putus harapan". 27 negara anggota EU yakin peraturan EU dapat menjamin kepentingan semua anggota, dan Britain perlu mengikuti peraturan berkenaan untuk keluar dari EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China