
Sekurang-kurangnya 29 orang dilaporkan cedera dalam satu letupan yang berlaku di Chelsea, Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS) malam tadi waktu tempatan.

Menurut pihak polis, letupan itu berlaku di antara 6 dan 7 Ave, 23rd Street itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa setakat ini.

Manakala mangsa yang tercedera telah dihantar ke hospital.








