Cari:
Mesyuarat Tergempar UNSC tentang Situasi Syria
2016-09-18 14:49:25 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar tertutup, membincangkan perkara tentera kerajaan Syria mengalami serangan bom yang dilakukan oleh pasukan bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Deir ez-Zor semalam.

Wakil Tetap AS ke PBB, Samantha Power sebelum menyertai mesyuarat itu memberitahu wartawan bahawa sebelum ini pihaknya melakukan serangan bersasaran kumpulan ekstremis Negara Islam (IS). Pihaknya menghentikan serangan bom sebaik dimaklumkan oleh Rusia bahawa sasaranya berkemungkinan pasukan kerajaan Syria. AS sedang menjalankan siasatan terhadap hal ini. Sekiranya tentera kerajaan Syria disahkan diserang, ini adalah satu kesilapan.

Dalam pada itu, Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vitaly Churkin menyatakan bahawa serangan AS terhadap tentera kerajaan Syria di kawasan Deir ez-Zor, timur Syria mengakibatkan lebih 60 orang terkorban dan lebih 100 lagi cedera. Tindakan ini nyata telah melanggar perjanjian gencatan sejata dan peraturan baharu demi kerjasama ketenteraan Rusia-AS di Syria yang akan berkuatkuasa mulai 19 September.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China