Cari:
Tiada Warga China Cedera dalam Letupan di New York
2016-09-19 15:24:49 CRI Cetak

Setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Polis New York dan hospital tempatan, Konsulat Jeneral China di New York memaklumkan, setakat ini, tiada warga China dilaporkan cedera dalam insiden letupan yang berlaku di Chelsea, Manhattan malam kelmarin.

Pihak Konsulat itu mengingatkan warga China yang berada di Amerika Syarikat (AS) supaya memberikan perhatian kepada situasi keselamatan kawasan sekitar, di samping cuba mengelak daripada berkunjung ke tempat-tempat yang sesak.

Letupan yang berlaku di Chelsea malam kelmarin telah mengakibatkan 29 orang cedera.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba New York semalam, semua mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China