Cari:
Siri Animasi Origanimals Menang Anugerah di Jepun
2016-09-19 11:42:21 CRI Cetak

Syarikat animasi dan pembuatan kandungan kreatif Malaysia, Giggle Garage Sdn Bhd meraih pengiktirafan Jepun dan negara ASEAN apabila muncul sebagai pemenang utama Anugerah Watak ASEAN 2016 (Asean Character Award 2016) menerusi siri animasi Origanimals, Chiba, Jepun pada 17 September lalu.

Malaysia menewaskan lapan negara ASEAN yang mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij kendalian Pusat ASEAN-Jepun (AJC).

Tempat kedua dimenangi Thailand menerusi syarikat Zylostudio Co Ltd melalui produk animasi Tidlom The Sky Hanger, manakala Myanmar meraih anugerah khas juri menerusi syarikat, My Play Co Ltd dengan produk Rickshaw NaPain.

Tahun lalu, Malaysia turut merangkul anugerah sama menerusi syarikat penerbitan siri animasi Upin & Ipin, Les' Copaque.

(sumber: Berita Harian Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China