Cari:
China Rebut Peluang Perkembangan Tenaga Bersih di Pasaran ASEAN
2016-09-19 14:37:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lebih seratus perwakilan daripada China dan negara-negara ASEAN mengadakan perbincangan mengenai kerjasama tenaga elektrik antara China dan ASEAN pada subforum sempena Ekspo China-ASEAN ke-13 di bandar Nanning, wilayah Guangxi baru-baru ini.

Para peserta menyatakan bahawa kerjasama China dan ASEAN dalam bidang tenaga elektrik mempunyai prospek yang amat cerah pada masa depan berikutan pusat permintaan sumber tenaga dunia telah "berpindah ke Timur". Kerjasama tenaga elektrik yang menggunakan tenaga bersih dan tenaga yang boleh diperbaharui telah menyediakan peluang perniagaan yang baharu kepada syarikat bekalan elektrik China untuk menembusi pasaran ASEAN.

Syarikat bekalan elekterik China telah menjalankan kerjasama dengan Vietnam, Laos, Myanmar, Thailand dan Filipina untuk meneroka sumber tenaga elektrik.

Wakil dari Syarikat Grid Negara China (SGCC) memaklumkan bahawa SGCC telah menandatangani kontrak untuk menjalankan projek penyambungan jaringan utama kuasa elektrik 230 kilovolt dengan wilayah Kachin utara Myanmar dan projek pembinaan rangkaian penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik 500/230 kilovolt di Vientiane, Laos. Selain itu, SGCC juga telah menandatangani perjanjian rangka dengan Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia.

Difahamkan, Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) merupakan sumbangan utama bagi peningkatan permintaan sumber tenaga global dalam tempoh 10 hingga 20 tahun yang akan datang. Hal ini akan menyediakan peluang bagi perkembangan sumber tenaga bersih dan hijau.

Dalam subforum kali ini, beberapa negara ASEAN menyatakan bahawa penerokaan tenaga elekterik dan kerjasama rentas sempadan dalam bidang tenaga elekterik akan disenaraikan ke dalam rancangan pembangunan negara mereka.

Jiang Nan, Pengurus Besar Bahagian Hal-ehwal Antarabangsa China General Nuclear Power Corporation (CGN) berkata, CGN telah membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat cawangannya di Asia Tenggara dengan ibu pejabatnya diletakkan di Kuala Lumpur Malaysia bagi merancang dan melabur lebih banyak projek sumber tenaga bersih di rantau ASEAN. CGN sedang membuat persiapan untuk menjalankan siri projek sumber tenaga bersih, antaranya termasuklah projek gas peringkat 2 juta kilowatt di Melaka dan projek janakuasa elektrik solar fotovoltaik di Kedah.

Pakar mencadangkan bahawa syarikat China sepatutnya memadankan syarikat di negara-negara ASEAN secara inisiatif bagi meneruskan pembinaan kesalinghubungan infrastruktur sumber tenaga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China