Cari:
Syarikat Swasta China Terokai Ruang Perkembangan Sempena Pembinaan Inisiatif B&R
2016-09-19 15:47:51 CRI Cetak

Sejak inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dikemukakan pada tiga tahun yang lalu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 30 buah negara untuk menjayakan usaha itu. Bersamaan dengan itu, banyak syarikat swasta China juga mengambil peluang ini untuk menerokai pasaran luar negara untuk memperoleh ruang perkembangan baharu di samping berkongsi hasil perkembangan dengan rakyat di negara terbabit. Pakar menganggap bahawa syarikat swasta memainkan perana yang amat diperlukan dalam pembinaan inisiatif B&R, kerajaan perlu terus menyediakan suasana yang lebih baik untuk menggalakan syarikat swasta menerokai pasaran luar negara.

Di bandar Waimate di pulau Selatan New Zealand, terletaknya Syarikat Tenusu Oceania Berhad, iaitu pangkalan pengeluaran produk tenusu yang paling besar di dunia yang dibina oleh Kumpulan Yili China dengan pelaburan sebanyak lebih RMB 3 bilion pada tahun 2014. Pengarah yang juga Naib Pengurus Besar syarikat tersebut, Zhang Zhi memperkenalkan bahawa Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri New Zealand, John Key pernah bersama-sama membuka tirai papan nama pangkalan pengeluaran produk tenusu itu. New Zealand merupakan negara yang amat hebat dalam industri tenusu di dunia. Kumpulan Yili menubuhkan pangkalan pengeluaran produk tenusu di New Zealand adalah untuk menyertai pembinaan inisiatif B&R, dan juga untuk mewujudkan perkembangan pengantarabangsaan.

Kumpulan Yili sentiasa memegang kepada prinsip kerjasama untuk mewujudkan situasi menang-menang dan membina komuniti berkongsi kepentingan dengan rakan tempatan ketika menerokai pasaran di luar negara. Pengurus Besar Syarikat Tenusu Oceania Berhad, Rpger Leslie Usmar menyatakan bahawa pelaburan Kumpulan Yili bukan sahaja merangsang pembangunan ekonomi tempatan dan menyediakan banyak peluang pekerjaan di negara itu, bahkan menggalakkan pertukaran ekonomi, perdagangan dan kebudayaan antara China dengan New Zealand.

Sama seperti Kumpulan Yili, Kumpulan Hengtong Suzhou juga mencapai perkembangan yang pesat selepas menerokai pasaran di luar negara. Menurut Naib Presiden Kumpulan Hengtong, Gao Anmin, pihaknya telah menubuhkan lapan buah anak syarikat di luar negara, produknya telah dijual ke semua pasaran kecuali Amerika Utara.

Penganalisis berpendapat bahawa pembinaan inisiatif B&R telah menyediakan platform kepada syarikat swasta China untuk menerokai pasaran asing, memperbaiki suasana pengendalian di negara dan kawasan berkenaan, menurunkan risiko pengelolaan transnasional dan memperoleh ruang perkembangan yang lebih besar. Statistik daripada Kementerian Perdagangan China menunjukkan bahawa jumlah pelaburan China terhadap negara yang terlibat dalam inisiatif B&R telah melebihi USD 50 bilion, angka ini merupakan 12% daripada jumlah pelaburan langsung asing China. Antaranya, pelaburan syarikat swasta di luar negara meningkat dengan pesat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China