Cari:
Kemantapan Hubungan AS-China Penting
2016-09-20 11:58:08 CRI Cetak

Ikatan kerjasama yang kukuh antara China dengan Amerika Syarikat (AS) selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan juga aspirasi masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama di New York semalam.

Li berkata, China bersedia untuk mengintensifkan kerjasama dengan AS dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan perdagangan, ketenteraan, kehakiman, kempen antikeganasan, keselamatan siber dan sosiobudaya, di samping memperkasakan sinergi dalam isu-isu antarabangsa antaranya termasuklah isu Semenanjung Korea dan perubahan iklim.

Li juga melahirkan harapan agar kedua-dua negara dapat menyelesaikan rundingan berhubung dengan perjanjian pelaburan dua hala secepat mungkin bagi menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan meningkatkan tahap keterbukaan pasaran antara kedua-dua pihak.

Obama pula berkata, kemantapan hubungan AS-China bukan sahaja amat penting bagi kedua-dua negara, malah seluruh dunia dan hubungan ekonomi adalah faktor penting bagi memastikan hubungan dua hala tersebut kekal stabil.

AS berharap agar rundingan perjanjian pelaburan antara kedua-dua negara akan mencapai kemajuan yang positif.

Obama turut menegaskan kerajaan AS akan terus mengekalkan dasar Satu China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China