Cari:
Dunia Digesa Proaktif dalam Isu pelarian
2016-09-20 16:27:17 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa perlu proaktif dalam menangani isu pelarian dan migran yang semakin menjadi tumpuan kerana isu tersebut berkaitan dengan kedamaian dan pembangunan dunia serta mempengaruhi kestabilan serantau.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat peringkat tinggi mengenai isu menangani pemindahan besar-besaran pelarian dan migran di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-71 pagi semalam.

Li berkata, kerjasama antarabangsa yang erat diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Dalam pada itu, PBB perlu memainkan sepenuhnya peranan sebagai penyelaras dalam menggariskan dan melaksanakan penyelesaian holistik untuk membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia dan keganasan.

Selain itu, penyelesaian isu pelarian dan migran juga memerlukan usaha dan penglibatan dari negara asal.

Pihak-pihak terbabit perlu menyelesaikan perselisihan melalui dialog dan rundingan.

Tegas Li, China amat menitikberatkan isu-isu tersebut dan aktif mengambil bahagian dalam penyelesaian isu-isu berkenaan.

Sebagai negara membangun yang besar, China bersedia untuk memikul tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri dan berharap agar isu-isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin secara tuntas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China