Cari:
Iran Sokong Usaha Syria Banteras Keganasan
2016-09-20 16:30:29 CRI Cetak

Iran akan melakukan sedaya mungkin untuk terus menyokong usaha Syria membanteras keganasan.

Demikian diluahkan Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari, semasa rangka lawatan rasmi ke Syria semalam.

Ansari berkata, Iran dan Syria mempunyai kepentingan yang sama dan telah mencapai persepakatan dalam isu-isu ekstremis dan keganasan, yang menjadi ancaman utama di rantau ini.

Presiden Syria, Bashar al-Assad ketika bertemu dengan Ansari mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang dihulurkan oleh Iran, Rusia dan negara-negara lain kepada Syria dalam usaha memerangi keganasan, selain turut menyebut beberapa negara lain yang masih bermusuhan dengan Syria.

Beliau juga mendakwa tentera pakatan antarabangsa yang diketuai AS untuk memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS), telah melancarkan serangan udara terhadap kem tentera kerajaan Syria.

Tindakan tersebut boleh diibaratkan menyokong keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China